Monday, April 13, 2009





13 April 2009



hari ni bermulalah exam yang pertama, islamic law of tort. exam petang paginya pun belom habis baca buku, hahaha... ni gara2 anugerah bintang popular. terkejut gak tengok Nabil Raja Lawak peluk pelakon nama Irma. Ni la melayu, sedih tengok bangsaku sendiri bukan main seronok dengan hiburan, hidunisme... aku xlah kata aku baik sangat, tapi sanggup mereka memberikan fitnah pada orang Islam sendiri. xpelah, masing2 esok akan dipertanggung jawabkan ye x...


dari malam tadi ada orang meninggal kat masjid. bibik dari indon umur dah 60-an lebih. nasib baaik semuanya telah selesai... maklumlasemua orang akan mati, ye x? dalam bentuk bagaimana hanya Allah yang maha mengetahui. Minta2 la kita mati dalam husnul khotimah.


actually hari ni xde la apa sangat aku nak cerita tapi saje la kalau rajin nak tulis sikit2. oh ye, buat tatapan pembaca blog ni, aku sertakan sekitar gambar2 majlis sambutan maulid bersama dr. fatma... hehehe



Saturday, April 11, 2009


11 april 2009

hem... dah exam pun. next week plak tu, aduyai... penat giler. buku x baca lagi, aku mmng lasst minute punye org. hem pagi tadi aku ke masjid ar rahimah kampung pandan jadi hakim pertandingan nasyid. Aku ngan nizam jadi, asal nak ajak apai tapi dia jual mahal. so sambung cerita tadi yang menang tadi group bebudak tapi kira ok la sebab dorang pakai percussion tapi dahsyat gak suara orang2 sini, prgh... sedap sangat terutama makcik- makcik yang bawa lagu- lagu rentak padang pasir... qasidah depa, amboi...



xtahu nak cakap, kengkawan lain tengah study aku la sibuk nak ke hulu ke hilir... yelah... aku je yang ada jawapannya... Allah knows best!



balik dari kl terus aku ke masjid betul kan P.A sistem masjid yang rosak. semalam aku beli p.A sistem yg bodoh2 ngan bini aku kat jalan pasar pudu. mana taknye, P.A sistem yang beribu beli untuk masjid boleh rosak plak tak sampai 2 minggu, jenama jepun plak tu TOA. apa boleh buat, dah nak rosak. nasib baik sekang ni guna yang murah tu kira elok gak ler, dari xde ye x? at least, aku mahir sikit bab P.A sistem ni... teringat zaman mirwana dulu...



habis solat zuhur terus balik umah, bini tunggu... umi plak tunggu cucu kesayangan dia ler, atheef nak datang, so untung gak aku pasal mak aku masak sedap2 ler, hehehee... xbaca buku lagi ni... aduyai, asar bertugas plak. habis asar ngajar quran di kelas dewasa kat masjid.



di akhir kelas, satu soalan aku tanya ke anak murid aku, berkaitan dengan sambutan maulidurrasul minggu lepas bersama dr. fatma zahrah, moderator rancangan ar rayyan astro. anak murid aku ni Azlan dari hatinya kata, ustaz... orang zaman sekarang ni susah nak berkorban masa demi nabi, sebab sambutan itu ada ceramah yang menceritakan perihal nabi kita. seolah2 nabi kita masih hidup walaupun telah wafat. betul. sebak plak tengok air mata dia kuar. teringat aku khutbah jumaat lepas yang aku khutbahkan di masjid... hadith dari abu said al-khudri. TUBA... SUMMA TUBA... SUMMA TUBA... berbahagialah... berbahagialah... berbahgaialah... orang yang beriman dengan aku walaupun tidak melihat aku, kata nabi.... Allahu akbar, mudah2an ada hikmahnya untuk kita semua. amin.



oh ye, sebelum terlupa pagi tadi Ahmad Zahid ada mesej aku(ayah MUHAMMAD) ucap terima kasih atas ikhlas doakan kejayaan anaknya di musabaqah hafazan peringkat kebangsaan di kelantan. JOHAN 30 juzuk. Alhamdulillah, aku jujurnya memang berbangga dengan MUHAMMAD ni. teringat masa ngajor dia kat Masjid KLCC, xsangka dia boleh pergi sejauh ini, mabruk!!! haza min fadli robbi...



walaupun tulisan ini sempoi, harap2 ada dapat sesuatu.

Thursday, April 9, 2009

bismillah... dengan izin Allah aku akan memulakan blog ini sebagai usaha dakwah aku, dan ahu berharap sekiranya ada dikalangan pembaca yang akan memperoleh sebarang manfaat dari hasil penulisanku kelak, dengan izin Allah... insya allah. so jumpa di karangan ku yang akan datang...

Akhirnya aku berblog....